MATLAMAT PERSATUAN PELAJAR BAHASA ARAB
NEGERI SEMBILAN [PPBANS]
1. Membantu mereka yang ingin meningkatkan
pengetahuan agama melalui penguasaan Bahasa Arab. Hal ini dapat dilakukan
dengan mewujudkan kelas Bahasa Arab secara berterusan dan berperingkat-peringkat
mengikut tahap pelajar.
2. Memberi penekanan kepada masyarakat
Islam tentang kepentingan mempelajari Bahasa Arab yang merupakan sumber untuk
menguasai ilmu-ilmu agama, iaitu dengan memberi penerangan di masjid dan surau
di seluruh Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya.
3. Mewujudkan sistem pengajian
sistematik dengan menggunakan kitab-kitab tradisional (pondok) dan kitab-kitab moden
(universiti).
4. Melahirkan bakal-bakal guru Bahasa
Arab mengikut tahap pencapaian dan kemampuan masing-masing secara berterusan
untuk menampung permintaan yang tinggi terhadap pengajian Bahasa Arab dewasa
ini.
5.
Membantu pihak yang memerlukan bimbingan secara berkala dengan kelas
khusus yang diadakan di masjid-masjid dan surau-surau supaya slogan masjid dan
surau adalah Universiti Terbuka Ummah dapat direalisasikan di Malaysia,
insha-Allah.
6. Menggalakkan mereka yang sudah mahir
membaca Al Quran agar meningkatkan pemahaman isi kandungan dan tafsiran Al
Quran.
7. Membimbing masyarakat Islam yang cinta
Al Quran dan Al Hadith dengan mengadakan kelas-kelas pengajian, seminar, kursus
jangka pendek dan panjang.
8. Menjadikan Persatuan Pelajar Bahasa Arab sebagai pemangkin kepada
merapatkan Jemaah Islam sesama mereka melalui aktiviti ekonomi, sosial dan kesihatan.
9. Menjalankan aktiviti dakwah kepada
masyarakat Islam dan kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka dapat
mendekati Islam seterusnya memeluk agama Islam.
No comments:
Post a Comment