Sunday 19 November 2017

KELAS BALAGHAH DI MBBS: Wajah-wajah ceria selepas mengisi minda dan perut

Pakar dan bakal pakar balaghah masing-masing berkopiah putih

Pelajar yang berdisplin, dalam apa-apa situasi pun
ID pelajar senantiasa dipakai

Geng balaghah yang makan makanan saja sebab masih
 nampak bekas makanan lagi

Ini mungkin geng balaghah yang tidak mahu membazir makanan
sehinggakan bekas makanan pun dah hampir tiada
[admin nak mengusik je]

Belajar Bahasa Arab degan Ustazah Arab Pelajaran 2 dan 3

Pelajaran ke-2

Pelajaran ke-3

Sunday 5 November 2017

Belajar Bahasa Arab Dengan Ustazah Arab Pelajaran 1 dan Pelajaran 1,1

Pelajaran 1
Pelajaran 1,1

Matlamat PPBANS: buat masa ini AJK memfokuskan matlamat ke-8

MATLAMAT PERSATUAN PELAJAR BAHASA ARAB NEGERI SEMBILAN [PPBANS]
1. Membantu mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan agama melalui penguasaan Bahasa Arab. Hal ini dapat dilakukan dengan mewujudkan kelas Bahasa Arab secara berterusan dan berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar.
2. Memberi penekanan kepada masyarakat Islam tentang kepentingan mempelajari Bahasa Arab yang merupakan sumber untuk menguasai ilmu-ilmu agama, iaitu dengan memberi penerangan di masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya.
3. Mewujudkan sistem pengajian sistematik dengan menggunakan kitab-kitab tradisional (pondok) dan kitab-kitab moden (universiti).
4. Melahirkan bakal-bakal guru Bahasa Arab mengikut tahap pencapaian dan kemampuan masing-masing secara berterusan untuk menampung permintaan yang tinggi terhadap pengajian Bahasa Arab dewasa ini.
5.  Membantu pihak yang memerlukan bimbingan secara berkala dengan kelas khusus yang diadakan di masjid-masjid dan surau-surau supaya slogan masjid dan surau adalah Universiti Terbuka Ummah dapat direalisasikan di Malaysia, insha-Allah.
6. Menggalakkan mereka yang sudah mahir membaca Al Quran agar meningkatkan pemahaman isi kandungan dan tafsiran Al Quran.
7. Membimbing masyarakat Islam yang cinta Al Quran dan Al Hadith dengan mengadakan kelas-kelas pengajian, seminar, kursus jangka pendek dan panjang.
8. Menjadikan Persatuan Pelajar Bahasa Arab sebagai pemangkin kepada merapatkan Jemaah Islam sesama mereka melalui aktiviti ekonomi, sosial dan kesihatan.

9. Menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat Islam dan kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka dapat mendekati Islam seterusnya memeluk agama Islam.

KELAS PENGAJIAN BAHASA ARAB (AL-QURAN) PPBANS

 KELAS PENGAJIAN BAHASA ARAB (AL-QURAN) PPBANS Guru pembimbing : Y.Bhg Ustaz Kamaruzaman Bin Ali 🟡 Hari Isnin 🕰️ 8.30 pagi ~ 11.00 pagi 🕌...